Thursday, December 31, 2009

hannah talent agency??? apa benda tuh????



ha! mari-mari letakkan biji mata anda di skrin,. Hannat Talent Agency adalah satu company yang ditubuhkan sebagai 'online modelling hub'. sekarang nih yang menarik sangat, label ni
TENGAH CARI MODEL BERTUDUNG!! serius!! kenapa x percaya aa??? percaya lah,. saya pun baru tahu,..

>>>>>> hanya di Hannah Talent *klik3*


model-model yang label ni cari bukanlah setinggi, selawa Miss World, Miss universe @ sebagainya, hanya yang sedang-sedang sahaja,. kalaulah dieorang wat contest nk cari yang macam Miss World, bukan takat ni je, belum antar borang agi saya dah kalah,. hahaha.. okay3 sambung,. company ini membantu mengetengahkan model-model @ wanita diluar sana yang berminat menjadi model muslimah!! yes!! anda semua yang bertudung mempunyai peluang tersebut!! ambil lah peluang dan sertai contest ini!!

>>>>>> Hanya di Hannah Talent *klik3*


company ini adalah ibarat jambatan pulau pinang yang menyambungkan penang darat n pulau pinang, hanya menghubungkan anda tapi destinasi hendak dituju bukan lah atas agency ini. maksud saya agency ini hanya mewujudkan peluang yang cerah di dalam industri seni, tapi tak menjaminkan anda PASTI dapat kerja,. bukan3,.. seperti jambatan pulau pinang tadi, memang semua naik jambatan tu, tapi tak semua tiba ke destinasi yang depa nak.. hah,. lebih kurang begitulah,..

>>>>>> Hanya di Hannah Talent *klik3*


ni serba sedikit tetang agency ni lah, agency ni ditubuhkan pada tahun 2008, so xla baru sgt,. yang membanggakan company ni 100% company malaysia dan projek2 yang dijalankan mmg ada ummmph! okay? so jgn la percaya,. ini xda mcm company laen yang mengambil kesempatan punya,.. cuma diingatkan anda tidak dijamin mendapat job, cume Hannat Talent Agency ini mengetengahkan, menggilap bakat anda yang sedia ada untuk pasaran di luar sana..

>>>>>>> hanya di Hannah Talent *klik3*


Cara Untuk Merealisasikan Impian Anda :

  1. kena daftar lah dulu,.. hu3. >>> http://hannahtalent.blogspot.com semua online taw...
  2. kena antor gambor taw, yerlah takmau lah daftar-daftar takda muka, skali datang photoshoot muka cartoon ujang yang ada selipar tuh hah? kan parah??? kat mana nk antar gambar?? xperlu pos laju, pos lambat sekarang semua online! >>> hannah.talent@gmail.com
  3. pahtu kena join photoshoot yang dieorg anjurkan! weyhh!! xmau join ka kalau ada make up free, baju sponsor plus ITS FREEE??!!!! gambar ini adalah sebagai profile portfolio anda. kira cam resume anda nk minta kerja,. cume resume ada butiran diri and gambar sekeping, ini lain profile portfolio ini adalah resume berbentuk gambar anda yang lagi menarik, tertarik!..
  4. sila layari hannahtalent.blogspot.com gerenti berbaloi!!
saya kena letak gambar kat cini lah,.. jap2,.. nak pilih,...



ok3! ni lah gambar yang saya pilih!! final!! kenapa saya pilih gambar?? kerana gmbar ni saya suke..

>>>>>>>> Hanya di Hannah Talent *klik3*

btw,.. saya mengetahui contest ini dari HANNAH TALENT!!
jum join RAMAI-RAMAI!!! xsalah anda mencube nasib ya x?????? jum lah!!!!!
mana taw?? anda adalah salah seorang model yang mereka carikkk!!!!


Lastly hanya di????

pandai punnnn... hu3...


>>>>>> Hannah Talent *klik3*


*terima kasih kerana membaca!!! muahx!!!

Thursday, October 1, 2009

10 oktober 2009





assalamualaikum,. sekarang saya tga wat report site visit saya semasa 12 sept yang lepas,. best juga site visit tu, dgn adanya site visit tu kami student Estate Management dpt melihat dgn lebih jelas mengenai building construction, dlm kelas kami hanya tau teori so x dpt nk aplikasi sgt, bila dah g site visit bkn shj kami dpt tgok dgn mata kasar malah dpt interprate dgn sendirinya perihal pembinaan sesebuah bangunan. bagaimana bntuk foundation, pelbagai jenis foundation dan mcm2 lagi,. study course ni mmg best byk sumber rujukan yg lagi jelas kite dpt lihat adalah melalui internet n discovery channel, history channel, dan mcm2 channel. perkara ni mmg mmbantu sy fhm dgn lbh byk sgt3.. mmg best lah.. hmmm. exam sy paling awal mula 4/11, dan disusuli dengan 5/11, 9/11, 12/11 dan akhir sekali 16/11.. yeay!! Ya Allah,.. permudahkanlah laluan pembelajaranku. perkuatkanlah ingatanku terhadap ilmumu yang luas sedang ak pelajari,. amin..





Wednesday, September 30, 2009

Untuk Renungan Bersama....


UNTUK SIAPA YG RASA DIRINYA ISLAM salam~ bcer nie. Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya.> kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.> BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemahnauzubilla.​.​h)​.​> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.> sumer org yg ade bobba messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: bobba die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!(kalau rase sayang ngan org Islam la. kalau tak sayang, x payah forward!) jngan smbong n bongkak..skrng korng gembra larh. tnggu balasan dkat kubur.> -Protect Our Population Of Islam



Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orangIslam di MalaysiaKejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai olehpemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang jugaberagama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!1.Jika anda orang Islam sila sebarkan email ini..!!2.Jika anda orang bukan Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini


bca skiranya anda mngaggap diri anda beragama islam! sebelum kamu baca,saya berjanji untuk menyampaikan mesej ini kepda kawan-kawan saya yang lain dalam lingkungan tiga hari selepas habis membaca surat ini. wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang. dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akanberkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah. ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka. kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH. sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal surat ini. jika kamu tidak menghantar surat ini seperti janji yang kamu telah kotakan. sesungguhnya orang yang mungkir janji dia adalah munafik. dan orang munafik dimurkai ALLAH!!!!!!


kalau anda pikir anda masih islambacalah...kalautidak.
.....Allah saja yang tahu...Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untukmembacaini....kalau lebih duaminittu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagiMahaPengasih...Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatuhari pada masaSembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebihkurang1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupiseluruh tubuhnyer dgnpakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua bijimata andmembawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggupMATIkerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepasmendengar amaranlelakiitu maka segeralah bertempiaran lari parajemaahituutkmenyelamatkandiri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanyatinggal lebihkurang20 orang sahaja yang masih berdiri di tempatmasing-masing termasukPakIman tu... Lelaki yang bertempik tadi segeramembukatutup mukanyalalumelihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "OkPakIman, saya dahhalauSEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah PakImanmulakan sembahyangJumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpalingdanmeninggalkanjemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawakdgncerita di atas.selainterhibur anda fikirlahlah..." Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku diaIslam hanya20 ygbetul-betulberiman... "" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudahlupakanALLAH bilamenghadapi bahaya... kedua lelaki hanyamembawamesin-gun.. dia takkatapunnak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..barukena ugutteruslarilintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyangjumaatlagi...""Lawak, ada juga yang agamanya cumaseminggu sahaja..tu pun bila timesembahyang jumaat.. tunjuk muka kat orgkampung.. adatu lagi dashyatsetahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...""Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosipdan apayang di tulisoleh surat khabar daripada apa yang tercatitdalamal Quran""Lawak kan , berapa ramai yg percaya duniahanyasementara, akhiratadalahtempat yang kekal, tapi berlumba-lumbamengejar dunia""Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriendataugirlfriendberejam-rejamtapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukupmasa..Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyakthread atau emailyang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemuatempattapi merasa beratnak berkongsi dan nak hantar artikel2yangberunsuragamaLawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapiygpaling lawaksekali.. berapa orang yang lepas baca benda niakansampaikan katoranglain... berapa orang yang akan buka email niuntukluangkan masamembaca? berapa banyak????wallahuaallam..

Thursday, September 24, 2009

24 september 09






hello there!! assalamualaikum,.. ni sy nk cta skit, best taw raya sy thun ni, family sy hepi sgt3.. ag 1, sy kn tgah wat persiapan tok 10 oct nati, hu3.. okay3, bukan itu yang sy nk cuta lam ni. yg sy nk cita, diam x diam kte semua bakal dilanda something yang saban tahun kita alami.. mmg dasyat!! mmg risau x tdo mlm lah jwbnya, resah gelisah, persediaan bekalan tok kita hadapi bnda ni mmg dilalukan berbulan2, kdg2 berbulan2 pun x cukup! nk taw apa die??? EXAM!!!!!!!!!!!!!!!! hahaha.. mmg benar, mmg byk ragam time exam ni. sy rase mcm baru semlm sy msuk U sekarang dah nk exam.. study lah rakan2.. ni dah penghujung bulan sept, x lama ag nk masuk bulan 11, bulan 11 dah bulan exam.. preparation study, study juga.. preparation amalan ibadat pun kena seiring.. kte kn kena seimbang due2.. x lengkap idup kalau berat sebelah,. kwn2 tntu pahamkan?? ag 1 sy nk sntuh ttg study.. study ada mcm2 ragam, ada yg study sengsorang ada yg study dgn kwn, ada yg tdo awal, ada yg tdo lewat. mana2 cara korang pilih pun, semestinya korang dah arif @ terbiasa dgn cr korang tersebut, walau apa pun org ckp kalau korang dah ok ngan cara korang, korang go on je.. asalkan korang pandai bwa diri n study x k.o tu ok lah.. korang yg phm dr korang sndri.. okay?? study tp ibadat jgn lpe taw, yang bg kte rezeki, ilmu kejayaan pun dgn izin Allah swt juga, lau x izinkn mesti ada hikmah, mgkin lau korang excel nati korang lpe dr ke, apa ke, jd redha je.. tp jgn lah putus asa yg pntg usaha dulu.. jd renung2kn n selamat beramal..



hurm... exam.. exam.. exam... fuh, dengar nama pun dah gerun, rase mcm x bersedia je ag...



hurm.. sama2 lah kte menjga kesihatan dr ya?? ok disini ada 1 gmbo ragam2 tyme exam, waktu test bole wat tp jgn amalkan dlm exam tau.. bhya!!!










Saturday, September 12, 2009

alhamdulillah,..



alhamdulillah ku dipertemukan dengan dia,. perkenalan kami yang singkat membawa kami ke peringkat yang seterusnya,. bulan hadapan, tanggal 20 syawal 1430 bersamaan 10 oct 2009 aku akan menjadi tunangan org,.. ramai org bertnya n musykil knp aku begitu menerima dirinya, aku menerima dirinya kerana agama, aku mmg amat yakin bahawa dia bole jadi seorang suami serta ayah yang baik. aku juga yakin die sememangya bole membimbing aku menjadi seorang muslimah yang lebih baek,. ak mmg ingin menjadi muslimah yang lbh baek, cume sukar nk istiqamah,. kehadiran dirinya dalam hidup ak mmg tlh membawa byk perubahan, tp yang paling utama perubahan yang dia telah bawakan kedalam hidup keluargaku,. perubahan yang sudah tentunya kepada sesuatu yang lebih baek, walaupun pada ketika ini kami belum ag bertunang @ mempunyai sebarang ikatan rasmi,. keikhlasan beliau dalam melayan kerenah ibu bapaku, adik beradikku, kaum keluargaku, menerima baek buruk keluargaku, menerima keluargaku seperti keluarganya, dan yang paling penting membimbing keluargaku kearah yang lebih baek tak mampu ku berkatakan tidak tatkala dilamar. keberanian beliau dalam membimbing keluargaku ke arah yang lebih baek telah manambat hatiku,. ternyata sebab utama aku menerimanya adalha kerana Allah dan kerana perubahan yang telah dia bawakan. Dia lah Ierwan Bin Ismail, bakal menjadi bakal tunangku bulan hadapan seterusnya bakal suamiku (InsyaAllah x mau bertunang lame2, depends pada keputusan nati)..Ya Allah berkatilah hubungan aku dengannya, permudahkanlah segala urusan kami,. amin...

kini ak dalam fasa menguruskan persiapan pertunangan,. baju dan semuanya,.. disini ku sertakan pilihan baju pertunangan yang menarik minatku,.. hmmm disini sahaja postku,..
hmmm.. okay3, kite x mau korang sume pikir kite ni pikir keje nk kawin je, x mau blaja... sorry, no,no,no.. kte nk blaja taw,. InsyaAllah x menganggu,. doakan kebahagiaan kami..

Wednesday, September 9, 2009


baju melayu RM71, size M, XL


baju melayu RM71, size XL

baju melayu RM93, size M

baju melayu RM93, size M

baju melayu Rm93 size M, XL
baju melayu RM 95 size M

Hadiahkan keluarga anda sesuatu yang bole memberi manfaat pd mereka di hari raya yang mulia ini,..



Ana Cerdas - Amat Sesuai Untuk Para Pelajar Yang Ingin Tingkatkan Daya Ingatan


Ana Cerdas mengandungi garam mineral seperti Potassium Fosfat, Magnesium Fosfat, Natrium Fosfat dan Ferum Fosfat yang berfungsi membantu sel-sel otak menjalankan proses biokimia otak serta membawa oksigen ke seluruh badan untuk menambahkan kecekapan mental dan tenaga. Selain itu, Ana Cerdas juga dapat :




• Meningkatkan perjalanan oksigen dan darah ke otak.
• Membantu menghilangkan kemurungan.


• Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan tenaga


• Membantu menghilangkan rasa gemuruh.


• Membantu meringankan sifat pelupa.


• Sangat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.




Selamat dan tiada kesan sampingan.HARGA BAGI SEKOTAK PRODUK ANA CERDAS ADALAH RINGGIT MALAYSIA (RM 55.00). HARGA BOLEH DIRUNDING. SEBARANG URUSAN PEMBELIAN, MENJADI AHLI, PENGEDAR SERTA STOKIS PRODUK ANA EDAR, BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN SEPERTI BERIKUT ;+6012 590 5982 / +6019 204 1182 (IERWAN ISMAIL) U10/0030-056




BERSAMA MEMARTABATKAN EKONOMI UMMAH!!!

Friday, July 17, 2009

Subhanallah..

This Hadith is taken from Buletin from www.tagged.com from the sender Panglima Hitam..

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.

Monday, July 13, 2009

kisah aku dan dia

Kisah Saya Dan Awak
www.iLuvislam.com
oleh : eVe



Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak.
Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.

Bakal suamiku..

TintaBuatBakalSuamiku
www.iluvislam.com
dihantar oleh : akhlak_jelita*
editor:IskethaykaL

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

13 July 2009

Isteri Yang Solehah
www.iluvislam.com
Oleh : solehboyz
Editor : naadherah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam.

Friday, June 19, 2009

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...


Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang Satu, Yang Maha Berkuasa, Allah SWT... Bersyukur sgt2 kerana dengan izinNYA aku dpt melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.. (UM) Satu Universiti yang Gah sekali namanya.. aku bersyukur sgt2 Ya Allah.. Disetiap kejadian pasti ada hikmahnya.. dan ini salah satu contoh.. Amin..
aku tak pernah terduga akan diterima masuk ke UM, dgr kata2 org dulu UM ni payah nk trima org lah apa lah.. tp aku apply juga.. kalau kite x apply, xtaw pun kite punya peluang mcm mana kn?? atleast u try.. Alhamdulillah.. dpt.. sejak jam 11.30 pg td bertalu-talu panggilan phone ucapan tahniah.. Alhamdulillah.. mak cik2, berpesan suruh blaja baik2.. bukan senang nk msuk.. alhamdulillah.. moga ini akan menjadi perangsang kepada adik2 aku tok mengejar cita2.. yang penting usaha... DUIT..
lastly.. syukur Ya Allah.. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke UM, dalam Sarjana Muda Pengurusan Hartanah..

Imah juga dpt di UM, wani dpt di UKM, idah dpt UPM, husna dpt di USM, ana dpt di UMP... sekian..

wassalam..

Sunday, June 14, 2009

14 jun 2009

ermm..

Alhamdulillah.. "kebanyakkan" semua perkara berjalan lancar hari ni.. lega rasenya di hati.. skrg nih yang perlu buat hanya tggal buat solat istiqarah... insyaAllah, kalau x da apa2 aral melintang hujung tahun ni dan juga petengahan thun dpn.. syukur..

emm... malu lah.. ok lah.. itu aje.. doakan semua berjalan lancar ya??

Saturday, June 13, 2009

13 June 2009

Assalamualaikum wbt.. syukur ke hadrat ilahi aku masih bernyawa di bumi yang bertuah ini.. alhamdulillah..

Ada beberapa peristiwa berlaku sjk 2, 3 miggu nih kpd aku.. peristiwa apa?? (emm.. adalerr... hu3).. melalui pembacaan juga byk yang buat ak terpikir ttg kahwin muda.. pembacaa tersebut adalah dr www.iluvislam.com.. mmg byk baik buruknya.. semua perkara pun ada pro's and con's nya, btul tak?? dalam niat kalau tgok pasangan suami isteri (yang solehah) yang berjalan2 dikelilingi anak2 kecil, terdetik dlm hati nk kawin pulak.. kawin muda nih bgus elakkn dosa yang bakal kita lakukan, zina.. zina tu ada mcm2 zina... zina mata terutama.. kalau kita lihat skrg nih gejala couple mmg sukar di bendung.. dahulu suatu ketika aku penah mcm tuh, mujur x teruk sangat.. tp alhamdulillah.. Allah kurniakn aku satu anugerah yang tiada nilainya.. iaitu hidayah.. aku mula tahu apa yang aku buat itu slh.. masa nk stop mmg byk dugaan sgt2, tapi apabila kita mula ikhlaskan hati dekatkn diri dengan pencipta kita Allah SWT, perkara sebegitu mmg dpt dielakkan.. kwn2 ramai juga yang memperkecilkan aku.. ada yang mempersendakan aku.. syukur aku mendapat sokongan SAHABAT.. terdapat perbezaan antara SAHABAT dengan KAWAN tau??.. nk tau?? cbe find out sendri.. dengan itu anda juga dpt buat pengisian rohani sedikit.. okay bersambung kisah di kolej.. aku mula penat dgn hidup yang dulu,. sehinggakan suatu hari aku tgok.. bestnya tgok org alim2 kn.. terdetik di hati, nk jd mcm mereka.. susah x jd mcm mereka?? x panas ke mcm tuh?? x bosan ke hidup mcm tuh??
kmudian di akhir tahun pdt (zaman peralihan nk msuk pst) aku mcm ckp dlm hati sgt2, kerap aku ucapkan,. (Ya Allah, bagi lah aku roomate yang alim2, aku nk berubah, aku x mau jd mcm nih lagi).. dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Berkuasa, aku dpt juga roomate yang alim.. malah bukan 1 tp dua (max 1 bilik 4 org).. sorang lagi chinese,. nk dijadikan cerita lagi, dua2 yang alim tuh ex-KISAS, kemudian jawat jawatan tinggi juga dlm Exco Surau kat kolej aku tuh.. .. subhanallah.. Aku syukur sgt2.. dijadikan cerita lagi, budak kelas aku pulak pengerusi surau, nah! aku dikelilingi oleh org2 surau.. dijadikan cerita lagi, kompel yang aku tggal tuh jd kompel yang paling ramai budak surau,. dijadikan cerita lagi aku pula ketua kompel.. Kompel Sri Ixora.. orang panggil kakak ketua blok.. heboh 1 kolej aku jd ktua blok,, yerlah dak nakal jd ktua blok.. dan bila dah byk sibuk dgn aktiviti ktua blok nih dah kurang pula jd dak nakal, jd byk pula dktkn diri dgn dak surau.. (Subhanallah,kuasa Allah kan, manusia hanya merancang Allah yang menentukan,.. sampai begitu sekali Allah ingin menjaga aku).. Masa dpt tau dpa tuh budak surau rasa doa dimakbulkan sgt2, tp ada juga rase cuak, yelah dpa tuh alim.. akuni sume x cukup.. segan sgt2 rasenya.. tapi lame kelamaan, aku rase dieorg baik sgt.. rupanya, xda lah bosan spt yg aku pkirkn, makin tenang adalah.. rase sume keje yang kita buat lancar je.. kwn2 ckp, Kebergantungan kpd Allah.. sumenya bergantung Allah.. aku bersyukur sgt Ya Allah.. sememangnya tahun yang kedua aku nih sbg pst sgt2 seronok.. hubungan aku dgn rakan2 aku kekal baik hingga skrg.. budak surau tu skrg dah jd rapat mcm adik nama mereka sahidah (idah), siti fatimah (imah), nur zawani (wani), nurul husna (una).. mereka anggap aku kakak mereka.. aku syg mereka sgt2.. 1 lagi kwn yang ak syg.. noor hana (ana).. dia nih kwn dr pdt.. die je x penah berubah @ bg komen -ve @ mempersendakan ak sbb pilih jln ni.. die terima aku seadanya.. aku slalu juga mngajak, tp mgkin blum sampai waktunya, dia menolak cara baik, tp aku x putus2 mgajak.. skrg dia mmberi respon yang baik.. insyaAllah sedikit waktu lagi,,.. Ya Allah berilah hidayah kpd rakanku Ya Allah.. amin... skrg kalau apa2 cerita mmg ana yang tahu.. adik2 aku tu still contact rapat2.. nk dijadikan cerita.. imah tuh serupa dgn arwah adik aku.. arwah adik, siti fatimah lahir tahun 1990, dan meninggal pada hari yang dilahirkan iaitu 25 januari 1990.. imah ni pula lahir 24 januari thun yang sama.. pada hari terakhir kolej ibu dtg menjemputku, ibu pun jumpa imah.. berikutan nama yang sama, tarikh lahir yang sgt dekat, ibu menganggap imah pengganti adik aku, ibu menangis n jd syg sgt2 pd imah.. sejak itu imah paggil ibu, mak.. itu lah sedikit sebyk kisah hidup aku.. nati kalau aku ingat apa2 lagi aku tulis ya.. hu3.. selamat membaca..

Wassalam..

Friday, June 12, 2009

mutiara kata



mutiara kata




12 jun 2009

hmmm...
tiba2 terdetik pula di hati umo sedang meningkat tua..(tua ke?..)
dari saat ibu lahirkn aku, 20 November 1989 4.40 ptg hingga hari ni, berapa byk jasa ibu telah ku balas??
bila tiba jam 12.00 am hari lahir ku, akan ku kucup pipi ibu.. terima kasih kerana melahirkan aku.. pada hari lahir ku, aku akan bagi ibu hadiah, masakn ibu breakfast, dinner, kiranya sume perkara baik yang ak lakukan pada hari itu belum cukup lagi nk membalas jasa ibu..

jadi aku pun antar 1 (nk kata sajak bukan sajak, nk kata puisi pun x taw lah) hohoho.. sila hayati hasil nukilan editan aku..

Orang kata aku lahir dari perut mak...(bukan orG kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ......mak

Aku selalu buat nakal pada...... mak

Aku selalu usik...... mak

Aku selalu berselisih pendapat dengan.... mak

Aku selalu bergaduh dengan..... mak

Bila dapat result org pertama tahu..... mak

Bila sedih yang selalu bagi kata-kata semangat... mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila esok nk sekolah yang selalu bising.... mak

Bila rumah berselarak yang selalu turun tangga mcm guruh.... mak

Bila buat kemas rumah tak betul yang selalu bising..... mak

Bila masak hangus yang selalu bising.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Bila digi buat hal, aku selalu bergaduh dengan.... mak

Bila anak-anak sakit yang pertama risau... mak

Bila ada masalah rumah tangga yang risaukan kteorg.... mak

Bila ada masalah rumah tangga yang nk selamatkn kteorg... mak

Bila ayah buat perangai yang pujuk kteorg... mak

Bila hal jadi lagi buruk yang bawa kteorg lari... mak

Yang nk terbaik pada kteorg.... mak

Yang selalu tunaikan kehendak kteorg... mak

Yang selalu belikan pakaian yang up to date, lawa-lawa.... mak

Yang mencantik dan menghensemkan kteorg... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu ajar aku macam-macam..... mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...SAYANG MAK... SAYANG SANGAT....

We all love u.... mak.

Kasih sayang kteorg bukan sbb dilimpahi harta benda dr... mak

Tapi sikap mak yg mendidik kteorg smpai jd mcm hari nih..

Ketahuilah mak.. mmg lah dlm kuarga hubungn adik beradik selalu bertikam lidah, tp kteorg bertiga ni hanya ada masing2.. jd kteorg syg satu sama laen...

Susah senang sume dengan mak...


Dan hasilnya.. ibu menangis.. ibu maafkn nurul sbb buat ibu nangis.. nurul syg ibu sgt2.. syg sgt2.. hingga akhir hayat nurul..



Bingkisan Doa..

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...

AMIN...


Ya Allah kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku juga dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.

Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka??

ARTIKEL INI DIPETIK DARIPADA LAMAN WEB
www.iluvislam.com
dihantar oleh: kelopak_mawar
editor: lailatulema


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.